Daily Archives: August 20, 2010

10 Hari Ramadhan – Semakin Ramai Yang Jatuh Sakit

Peringkat 2 Hari 3

Masa Diambil = 7m 14s
13 tarik-atas
26 tolak-atas
26 ketuk-ketampi

Latihan Tambahan:

Duduk atas: 20 X 3

Latihan belakang: 20 X 3

Nota:

Setelah terpengaruh dengan tindakan yang diambil oleh Kooky Kash yang telah menulis menggunakan Bahasa Melayu di halaman blognya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk sama-sama meniru beliau. Tidakkah meniru itu salah satu cara penghargaan yang terbaik?

😛

Mengenai tajuk kali ini, saya perhati yang semakin ramai jemaah terawih di kolong blok saya yang mula menunjukkan tanda-tanda ingin jatuh sakit. Ketika imam sedang membaca surah, telah kedengaran bunyi batuk, bersin dan menghembus hingus dan sewaktu dengannya. Ini mungkin disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu. Kadang-kala panas terik dan kadang-kala hujan kucing dan anjing seperti hari ini.

Justeru diingatkan supaya jangan lupa untuk mengambil Vitamin C yang secukupnya atau juga limau dan oren dan perbanyakkan minum air.

Badan sihat, hidup bahagia.

Senaman malam ini sangatlah susah dan begitu payah untuk melengkapkan latihan tarik atas. Saya juga terasa sikit kegenjontan di lutut kiri saya. Hmm…

Dan untuk meniru slogan yang selalu dimainkan di RTM 1: Majulah sukan untuk negara!

Jalan-jalan ke Pasar Ramadhan,

ternampak murtabak sungguh menyelerakan,

bulan puasa ibadat ditingkatkan,

senaman pula jangan ditinggalkan.

Ewah!

🙂

Advertisements